Thursday, April 14, 2011

Masa untuk menguruskan BADAN..

Hahahaha.... ok ingt ek berat terkini pada tarikh 14042011 ialah (61kg)... so bermula dr hari esok cik chinta telah bernekad utk menjoggingkan diri ini... xmau xmau manjew2 lg.. sila bangun awal2 pg utk kua berjogging ok.. 


 
Berat terkini cik chinta.. wakakakakaka... 
 
harap2 dengan bantuan SHAPE PLUS blh lew kurus dlm ms 2minggu... hahahaha..

eh senah pesal ko gelak plak.. cik chinta xnak la gmok mcm mak limah tu.. eee ngeri awok nengok nyer.. hahaha.. xpasei2 aje awok kena bako nnt... Wlw bagaimanapun byk dugaan ni.. time2 nk diet ni la cik chinta asyik wase lapo aje manjang.. eeee xsuke xsuke... esok nk g jogging dkt tmn hijau putrajaya la.. sorg2 pun ku redah senah.. bkn ade org nk colek pun.. isnyaallah.. hihihihi...


sok ingt pas jogging nk mkn roti canai 2keping.. hahahaha.. sure korg hanggin kan.. ape kejadahnyer la dh penat2 bangun pagi g jogging tb2 nk makan canai plak.. eh suke hati la nk mkn pun.. hahahaha... bkn ape la nyut2 semua... cik chinta dh ngidam sangat2 ni ha...kali ni jew.. minggu depan la ek start control mkn.. hihihi.. ingt nk g mkn canai kat SK.. huhuhuhuhu.. hendak kah BELIAU itu membawa diri ini????? teeeettttttttttttt... BELIAU itu hanyalah kwn semata-mata.. no gosip pls no picture no comment.. hahaha (ko ingt ko diva kew).. 


Ok cik chinta akan updatekan dari masa kesemasa mengenai berat badan ku ini ok..
 
Ha ce tgk ce tgk... eyyyuuuuu... ape ni ade lemak2 berlebihan d pinggang ku.. jaga2 sang lemak.. akan ku usir kau dr ctu... hihihi
 
Ha.. cak cak cak... ape yg kome dok mandang tu.. sengih2 plak.. awok nk nunjukkan perot awok bkn benda lain..tgk la tu dh mcm pewot org ngandung 3bulan plak.. memalukan.. eeyyuuuuuu.... ok kite tunggu lg 2minggu k.. fuhh fuhh harap2 berjaya... chaiyok!!! chaiyok!!!!


*** P/S : ha ape gelak2.. ni bersemangat waja ni tau bkn kete waja.. hahaha.. wlwpun ade spare taya mak ttp voge berbaju kebaya ok... hahahahaha
 
cik chinta hari ini 140411 (61kg)

Wednesday, April 13, 2011

JANGAN Minum Berdiri !!!!!

Haluuu.... oii senah kiah bedah.. ha mak limah pun ade???? ha kome meh cni awok nk cite ni ha...


Kite slalu la dengo kan supaye minum air putih bebanyok lew ckit... untuk ape???? tentula utk hilangkan dahaga..hahaha... k2 serius2.. Selain dr menghilangkan dahaga.. ia juga PENTING untuk KESIHATAN...(tp klu minum byk2 blh gmok gak kot..mcm cik chinta ni..gmok air kate nye.. adoiii)... Namun jika salah cara kita minum air putih itu maka boleh merugikan kesihatan yg diidam-idamkan...

Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan (cewah...dh mcm doctor pakar plak..hahaha..layan kan ajew la senah oiii...kome nk cantik x???.. k smbung-smbung)... bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri...



(ok ce tgk lew gmbo2 di bwh ni sebagai hiasan sj.. teeettttttttt.. )
 
Olo2... muke comey doh.. ha cik2 senah semua.. jgn minum mcm ni... bdk kecik ni comey lew bt cenggini.. tp kalau kite yg dh tua2 ni..xke kena reject nnt ngn mak metua... hahahaa

 
huh mcm ni lg lew x sopan... hahaha.. muke body lawo dh.. tp tiade kesopanan dan ketatasusilaan lew.... hahaha...

 
ha cenggini la menantu pilihan hati mak limah.. hahaha...

Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal. 

Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi. Air itu boleh terus masuk menuju kandung kemih (alamak kantoi!!!..hahaha... jgn tnya ok ape itu sarung KEMIH..cik chinta kurang selidik plak...) Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.
 

Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. 
Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

Cara mengatasinya :
1. biasakan minum duduk.
2. banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dan jangan terburu-buru



**** ha ingt tu cik senah,cik bedah, cik enon, cik kiah, xlupe gak pak dollah, pak ajiz, mak limah juge... minum la dgn penuh kesabaran dan bertertib.. hahaha... selamat beramal.. ( info ni cilok dr blog mamber yg baru d kenali... jgn saman cik chinta yew.. hihihihi.. shareing is caring.... ^_^ )

Monday, April 11, 2011

Perempuan memang begini ^_^

Fuhhhh...Fuuhhhh.. Lama btl dh x update blog ni.. kat cni cik chinta ade benda nk share kan kat u all n of cuz tuk my cik senah jgk... sure senah ko rindu kan cik chinta k??? so senah ko bace la ni ek.. kalau ade2 kwn laki yg x paham2 lg.. bawak2 la bace n paham2 kan..dan selamat beramal.. hihihi

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.